NEW DELHI - Seorang wanita berusia 85 tahun bersedia menamatkan ikrar selama 30 tahun dengan hanya berdiam diri dan bercakap selama sejam sehari.
Sumpahan itu dibuat ketika dia melakukan amalan keagamaan dan selepas kematian suaminya pada tahun 1986 dan sejak itu dia hanya bercakap selama sejam dalam sehari.
Iklan
Iklan
Kisahnya bermula ketika dia sampai di Ayodhya dan bertemu dengan seorang ketua sami dan mengarahkan dia mengelilingi Gunung Kamtanath sebagai pengabdian diri kepada Tuhan.
Namun pada 6 Disember, Devi bertemu dengan seorang lagi ketua sami terbesar di Ayodha dan 'terinspirasi' dengan ketua tersebut sehingga berikrar untuk menahan diri daripada bercakap.
Namun, sumpahan itu akan terlerai apabila dia berjanji untuk menamatkan tindakan selepas sebuah kuil baharu akan disiapkan akhir bulan ini,
"Ibu mertua saya melawat Ayodya dan mengambil ikrar 'maun vrat' sehingga sebuah kuil Ram Mandir akan dibina.
"Dia pernah berdiam diri selama 23 jam sehari dan hanya bercakap selama sehari dan selebihnya berkomunikasi dengan pensil dan kertas," kata menantunya sambil menambah ibu mertuanya juga menggunakan bahasa isyarat untuk berhububg dengan mereka. - Agensi