Samurai Biru tagih bisa Kubo

Iklan
KUBO

JURULATIH Jepun, Hajime Moriyasu berharap Takefusa Kubo dapat meneruskan rentak cemerlang di Real Sociedad musim ini dengan membantu skuad Samurai Biru menjulang Piala Asia.

Menurut Moriyasu, kudrat Kubo amat ditagih dalam usaha membuka kunci pertahanan lawan selepas bintang Brighton, Kaoru Mitoma mungkin terlepas perlawanan awal akibat kecederaan.

Iklan
Iklan

Kubo, 22, telah menyumbat enam gol di La Liga setakat ini dan muncul watak utama membantu Sociedad mengungguli saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah.

"Dia bermain untuk Real Sociedad dalam Liga Juara-Juara dan liga Sepanyol dan dia adalah watak utama di bahagian serangan.

Iklan

"Jadi, saya mahu Kubo terus bermain seperti itu apabila dia menyertai pasukan kebangsaan," ujar Moriyasu.

Pada Piala Dunia 2022, Kubo jarang diturunkan dan Jepun, juara empat kali kejohanan membuka kempen Kumpulan D menentang Vietnam pada Ahad.

Iklan

Iraq dan Indonesia turut diletakkan dalam kumpulan sama.