Tae-yong guna pengalaman lonjak skuad Garuda

Iklan
Tae-yong (kiri) meletakkan kepercayaan kepada Asnawi Mangkualam yang beraksi di liga Korea Selatan bagi mengemudi pertahanan Indonesia pada kempen Piala Asia di Qatar.

KETUA jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong percaya pengalamannya di Piala Dunia 2018 dapat membantu skuad Garuda mengharungi kempen Piala Asia di Qatar.

Semasa kejohanan di Rusia itu, Tae-yong mengemudi Korea Selatan mencipta kemenangan sensasi 2-0 ke atas Jerman.

Iklan
Iklan

Di peringkat kelab pula, Tae-yong membawa Seongnam Ilhwa Chunma muncul juara Liga Juara-Juara Asia pada 2010.

"Saya mempunyai banyak pengalaman di pelbagai peringkat kejohanan. Dengan cara saya sendiri, saya memanfaatkan pengalaman itu untuk memotivasikan pemain.

Iklan

Indonesia yang berada di ranking ke-146 dunia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Vietnam, Iraq dan gergasi Asia, Jepun.

Skuad Garuda membuka tirai Piala Asia menentang Iraq pada Ahad, diikuti Vietnam (19 Januari) dan Jepun (24 Januari).

Iklan

Aksi pemanas badan sebelum ini menyaksikan Indonesia tewas 1-2 di tangan Libya dan dibelasah 5-0 kepada Iran.

Sebagai rekod, Indonesia sebelum ini layak ke Piala Asia sebanyak empat kali namun tidak penah melepasi halangan peringkat kumpulan.