Model antarabangsa, Naomi Campbell beri 'hati' kepada Putera Mateen

Iklan
Cambell meninggalkan komen di entri yang dimuat naik Putera Mateen pada 11 Januari. Foto tangkap layar Instagram tmski

DARI Brunei ke Malaysia sehingga ke kota London, Istiadat Akad Nikah Diraja antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah masih menjadi topik perbualan ramai.

Selepas Putera Mateen dan Dayang Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah pada Khamis, semua peminat pasangan diraja itu kini tidak sabar menantikan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang dijadual pada Ahad ini.

Iklan
Iklan

Busana, solekan, adat istiadat Brunei serta para tetamu - semua ini menjadi debaran untuk dinantikan menjelang Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung sekitar jam 10 pagi.

Sementara menanti istiadat kemuncak yang dijangka penuh gilang-gemilang di Istana Nurul Iman, laman media sosial tidak kurang meriah dengan ucapan tahniah kepada pasangan mempelai diraja itu.

Iklan

Daripada rakyat biasa sehingga individu tersohor termasuk model antarabangsa Naomi Campbell, mengambil peluang meninggalkan komen di ruangan Instagram Putera Mateen.

'Supermodel' berusia 53 tahun dan dilahirkan di London itu, dilihat meninggalkan simbol 'hati' pada entri yang dimuat naik anakanda ke-10 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu.

Iklan

Selain Campbell, turut meninggalkan titipan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela.

Sebelum itu, Putera Mateen memuat naik gambar pertamanya selepas bergelar suami kepada Dayang Anisha, yang memaparkan Majlis Istiadat Berbedak yang berlangsung pada 10 Januari.

Detik-detik indah Majlis Istiadat Berbedak tersebut dirakam oleh jurugambar dari Milan, German Larkin yang turut berkongsi pengalaman berharga tersebut di laman sosialnya.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Selain Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, turut akan berlangsung ialah Majlis Persantapan Diraja pada malam, 15 Januari. - Awani