PBB bimbang serangan AS, UK ke atas Houthi

Iklan
Rakaman satelit yang disediakan Maxar Technologies menunjukkan kemusnahan di Lapangan Terbang Hudaydah, Yaman. Foto AP

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan risiko pertempuran di rantau Asia Barat semakin memuncak susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Houthi di Yaman.

Sehubungan itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric mendesak semua pihak mematuhi resolusi majlis keselamatan badan dunia itu.

Iklan
Iklan

"Risikonya ke atas Yaman sendiri. Wakil khas PBB ke Yaman cuba untuk menyatukan semua pihak dan dalam hal ini, penduduk awam yang terkesan," katanya.

Pemerhati mengesahkan serangan AS dan UK disasarkan ke pangkalan tentera di Sanaa dan bandar ketiga Taman, Taiz.

Iklan

Sebelum ini jurucakap White House, John Kirby mengesahkan serangan disasarkan ke pusat penyimpanan aset tentera Houthi.

Houthi yang mengawal sebahagian besar Yaman selama hampir sedekad, mengesahkan lima pejuangnya terbunuh dalam 73 serangan.

Iklan

Mereka berikar untuk melancarkan serangan balas dan meneruskan operasi mereka menyerang kapal dengan kepentingan Israel di Laut Merah.

Serangan ini menyebabkan kapal komersil menukar laluan lebih jauh. - Awani