GOMBAK - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Antara penambahbaikan yang dibuat termasuk perkhidmatan tren tambahan KTM Komuter 24 jam 4 hari 3 malam, tambang percuma penumpang KTM Komuter Lembah Klang, Perkhidmatan ETS Tambahan Butterworth-KL Sentral dan Padang Besar-KL Sentral.