'Terima kasih Dr kerana buat kami guru-guru rasa disayangi'

Iklan
Maszlee

SHAH ALAM - Sejak mengumumkan pelekatan jawatan semalam, laman Facebook Dr Maszlee Malik terus dihujani ribuan komen daripada netizen.

Ramai dalam kalangan pengikut bekas Menteri Pendidikan itu turut berasa sedih dengan keputusan mengejut yang diumumkan pada hari pertama sesi persekolahan 2020 itu.

Iklan
Iklan

Maka tidak hairanlah, laman media sosial Maszlee menerima pelbagai ucapan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan pangkat, ramai yang masih tidak percaya, sedih, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat buat Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Bagi rakan seperjuangan dari kem pembangkang, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia tentunya keputusan yang berat buat Maszlee dan menyifatkan rakannya itu tidak sepatutnya berbuat demikian.

Iklan

"Ini merupakan keputusan yang sukar. Anda memegang portfolio paling sukar dalam kerajaan dan mustahil melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun. Saya fikir ada menteri-menteri lain yang sepatutnya pergi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya pulangkan jawatan ini kepada Perdana Menteri...'

Iklan

Khairy turut mengakui perubahan-perubahan positif yang dibawa Maszlee sepanjang berkhidmat di Kementerian Pendidikan (KPM).

Khairy memuat naik ciapan mendoakan yang terbaik buat Maszlee.

"Saya dengar anda amat disukai dalam kalangan guru-guru dan banyak memperkenalkan reform baharu dalam pendidikan yang banyak memberi makna. Saya ucapkan yang terbaik untuk awak Dr Maszlee. Roda kehidupan selalu berputar. Chin Up," tulisnya.

Selama 20 bulan mengemudi Kementerian Pendidikan, mereka yang lebih kenal Maszlee tentunya dalam kalangan warga pendidik itu sendiri seterusnya menjadi kelompok paling terkesan dengan keputusan pengunduran diri ahli akademik ini.

Juliana Isof antara yang menitipkan ucapan penghargaan buat Maszlee meluahkan rasa tersentuhnya terhadap keprihatinan menteri berkenaan sepanjang mengepalai Kementerian Pendidikan.

"Terima kasih Dr kerana selama 20 bulan ini, kami dihargai. Kami guru-guru disayangi. Di ambil berat bagaikan anak. Terima kasih. Bukan mudah mengemudi KPM... Sebagaimana bukan mudah juga kami menjadi guru-guru. Terima kasih Dr atas segalanya yang Dr dah lakukan untuk kami warga sekolah. Walaupun beban kerja mungkin tidak banyak berbeza, tapi itu tetap tugas dan tanggungjawab kami. Terima kasih," tulisnya.

Netizen 'salute' Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan

Pengganti Maszlee akan diumumkan sedikit masa lagi: Dr Mahathir

@Raisman pula berkata"Yang pasti ramai guru-guru dan staf sekolah akan terkesan dan sedih walhal KPM ini kementerian paling penting dalam negara sebab KPM lah yang akan tentukan hala tuju negara. All the best YB (Yang Berhormat)."

Sementara Hani Raiha pula menulis"20 bulan yg bermakna lebih baik dari berpuluh tahun tapi tak buat apa-apa revolusi. Semoga ALLAH SWT sentiasa bersama Dr. Jalan masih panjang lagi.Tak mustahil Dr ada peluang lagi di masa-masa akan datang. InsyaALLAH."