Bekas Pengerusi PKM meninggal dunia

Iklan
Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini pada usia 100 tahun.

SHAH ALAM - Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini pada usia 100 tahun.

Allahyarham yang berasal dari Lambor Kanan, Parit, Perak meninggal dunia pada jam 9.29 pagi di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand.

Iklan
Iklan

Berita kematian pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya itu dikongsikan oleh menantunya, Indrajaya Abdullah.

"Bahawa Abdullah CD atau nama sebenar Cek Dat Anjang Abdullah, bekas Pengerusi PKM dan pengasas pasukan Rejimen Ke 10 Tentera Rakyat Malaya, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.29 pagi ini di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwat dalam umur 100 tahun 3 bulan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sepanjang perkhidmatan, Allahyarham menerima arahan secara langsung daripada pemimpin nombor 1 PKM, Chin Peng.

PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand memeterai perjanjian damai Hat Yai pada 1989 mengakhiri konflik bersenjata lebih 40 tahun sejak darurat Inggeris 1948.

Iklan