MR D.I.Y. lancar filem web 'Wo Ai Ni', tawar diskaun barangan

Iklan
Selepas lapan hari dimuat naik di pelbagai platform sosial media filem web Wo Ai Ni berjaya menarik lebih dari 7 juta tontonan.

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, MR D.I.Y. melancarkan sebuah filem web bertajuk Tahun Baru Cina 'Wo Ai Ni' bagi menyebarkan gelombang kasih sayang ke seluruh negara.

Ketua pemasaran kumpulannya, Alex Goh berkata, matlamat pihaknya mencipta video itu untuk meraikan dan menggalakkan kasih sayang serta belas kasihan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tiada apa yang mustahil jika amalkan kasih sayang.

Iklan
Iklan

"Kami ingin mengingatkan bahawa kasih sayang sangat penting dan cara yang paling mudah untuk menunjukkan itu hanya dengan berkata 'Wo Ai Ni' atau ‘Saya sayang kamu’ kepada orang yang dicintai.

Selepas lapan hari dimuat naik di YouTube, TikTok, Facebook dan Xiaohongshu, filem tersebut telah menarik lebih dari 7 juta tontonan, membuktikan kesan positifnya terhadap penonton di Malaysia.

Iklan
Dekorasi sempena Tahun Baru Cina yang menampilkan tanglung gergasi menghiasi MR DIY Plus di Mid Valley Megamall.

Filem web berdurasi lima minit 23 saat berkenaan memaparkan seorang budak lelaki bernama Hong dan keluarganya berkumpul untuk perjumpaan tahunan sempena Tahun Baru Cina di rumah datuk mereka.

Datuk mereka yang juga bekas guru besar sekolah yang tegas dan biasanya menekankan disiplin dan rutin seakan ketenteraan itu mengejutkan semua orang pada tahun ini dengan bersikap begitu mesra dengan keluarganya, tidak seperti biasa.

Iklan

Dia memberi pujian, membincangkan kesihatan mental anak perempuannya dan turut menari tarian trendy bersama cucunya.

Bimbang akan tingkah lakunya yang aneh, keluarganya mula campur tangan dan kemudian mendapat tahu bahawa datuk mereka mendapatkan nasihat mengenai kasih sayang melalui sebuah program kecerdasan buatan [AI].

Filem berkenaan berakhir dengan datuk itu menjelaskan tindakannya yang bersikap sedemikian dan meluahkan kasih sayang kepada keluarganya dengan penuh keikhlasan melalui ucapan ‘Saya sayang kamu semua’.

Orang ramai yang ingin menonton boleh ke laman rasmi MR D.I.Y. seperti Youtube, Facebook, Instagram, TikTok, dah Xiaohongshu. Tonton versi penuh di sini: https://youtu.be/-YiYKz-Yf90?si=0P_gwv86EBJiqASb.

Dalam pada itu, 'Wo Ai Ni' MR D.I.Y. turut merangkumi 'I Love Promotion' di beberapa cawangan terpilih di seluruh negara.

Ia menawarkan pelbagai hiasan unik untuk perayaan serta diskaun bagi pelbagai barangan keperluan rumah yang berlangsung sehingga 15 Februari ini.