Lima geng 'Mat Backhoe' diberkas

Iklan
Shafa’aton menunjukkan komponen yang dileraikan.

SUNGAI BULOH - Seramai lima ahli geng 'Mat Backhoe' yang aktif mencuri jentera berat telah diberkas dalam operasi khas sejak 22 hingga 24 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, seramai tiga lelaki warga tempatan dan dua warga Bangladesh diberkas dalam operasi khas itu.

Iklan
Iklan

"Kita telah membuat serbuan di Sungai Buloh dan Karak, Pahang. Kita menangkap dua lelaki yang bekerja mekanik di kawasan hutan Bukit Lagong Jalan Hospital Sungai Buloh.

"Susulan tangkapan itu, kita memberkas tiga lelaki, salah seorang bekerja di bengkel jentera berat dan dua lelaki lagi bekerja sebagai mekanik," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh tadi.

Iklan
Shafa’aton menunjukkan jentera berat yang dirampas.

Menurutnya, kesemua individu berusia 30 hingga 36 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes curi sebuah jengkaut di tapak tanaman timun di Taman Bukit Indah di sini pada jam 6 pagi, 22 Disember lalu.

"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kancil, Proton Satria, sebuah lori dan sebuah jengkaut yang masih dilaporkan hilang serta 21 jenis komponen jengkaut," katanya.

Iklan

Shafa’aton berkata, modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah mensasarkan jentera berat yang digunakan di ladang atau hutan.

"Jentera berat yang dicuri itu akan dijual di bengkel, kedai alat ganti kenderaan untuk dileraikan, kemudian dijual dengan harga yang murah," katanya.

Menurutnya, dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

"Kesemua individu ini masih direman untuk membantu siasatan, kita juga sedang mengesan saki baki ahli kumpulan ini," katanya.