Terbuka Malaysia: Rexy mohon maaf aksi hambar wakil negara

Iklan
Rexy. Foto Bernama

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky memahami kekecewaan peminat selepas aksi hambar dipamerkan wakil negara dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2024.

Menurut Rexy, beliau memohon maaf dan mengambil tanggungjawab susulan prestasi tersebut selain menegaskan pemain negara akan bangkit untuk kejohanan akan datang.

Iklan
Iklan

"Minggu depan ada Terbuka India (16 hingga 21 Januari) dan Masters Indonesia (23 hingga 28 Januari).

"Saya harus berikan motivasi kepada jurulatih dan pemain supaya melihat kesilapan dan kekurangan pemain kita untuk beraksi lebih baik lagi.

Iklan

"Saya harapkan pemain-pemain lakukan bersungguh-sungguh untuk setiap kejohanan yang akan mereka ikuti, cabar diri anda dan sentiasa bisikkan bahawa anda boleh melakukannya.

"Berjuanglah dengan hati singa, kerana setiap langkah bukanlah cara mudah untuk meraih impian anda kerana setiap pemain di seluruh dunia mempunyai impian yang sama seperti anda. Moga tuhan merestui," katanya dalam hantaran di laman Instagramnya pada Sabtu.

Iklan

Aaron-Wooi Yik muncul satu-satunya wakil di bawah naungan BAM yang mara ke suku akhir sebelum tunduk di tangan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Pemain lain termasuk beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempuh episod mendukacitakan selepas 'bungkus awal' pada kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.

Nasib pula tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, yang terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 8-12 pada set pertama kepada pemain Jepun, Koki Watanabe, susulan kecederaan belakang dialami ketika mahu melakukan pukulan smash pada pusingan pertama.