Pemandu lori tersepit rempuh bas persiaran

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus ketika cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan berkenaan.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah bas persiaran dalam kejadian di Jalan Titiwangsa 1, Tampoi Indah di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan II, Hazrul Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan berlaku mengakibatkan pemandu lori berusia 42 tahun itu tersepit dalam kenderaannya.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan jenis lori muatan sejuk beku itu.

Iklan

"Bagaimanapun kesemua penumpang termasuk pemandu bas persiaran itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hazrul berkata, berdasarkan makluman pihaknya mendapati kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan menghala ke Skudai dari arah bandar raya Johor Bahru.

Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori telah terlanggar belakang bas persiaran berkenaan yang ketika itu berhenti mahu mengambil penumpang,” katanya.