PEMAIN China, Shi Yu Qi mengakhiri penguasaan juara bertahan yang juga pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada Sabtu.
Aksi di Axiata Arena itu menyaksikan Yu Qi bermula lebih garang apabila menampilkan permainan bertenaga pada awal babak bagi meningalkan Axelsen untuk menang set pertama 21-12.