Pas tidak bincang kemuka usul undi tidak percaya PM
Iklan
SHAH ALAM - Pas setakat ini tidak berbincang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 Februari depan.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ini berikutan parti itu tidak pernah berbincang berkenaan usul tersebut.