Solat Subuh di masjid dapat wang saku
Iklan
IPOH - Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak tampil dengan kelainan apabila memberikan wang saku kepada kanak-kanak dan remaja yang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut.
Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abdul Farid Salleh berkata, inisiatif tersebut dimulakan pada 30 September tahun lalu sebagai usaha menarik minat pelajar sekolah menunaikan solat Subuh di masjid.