Persiapan 'pemanas badan' menghadapi Ramadan
Iklan
SHAH ALAM - Umat Islam seluruh negara digesa merebut peluang menunaikan solat fardu berjemaah khususnya sembahyang Subuh pada bulan Rejab yang bermula Sabtu, sebagai persediaan awal menghadapi Ramadan tidak sampai dua bulan lagi.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Rejab dan Syaaban dianggap sebagai bulan permulaan untuk masyarakat Islam membiasakan diri dengan amalan yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan puasa nanti.