Resah ibu terjawab, mayat anak ditemukan dalam parit

Iklan
Keresahan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran sebuah sekolah pada petang Sabtu.Foto hiasan 123RF

SANDAKAN - Keresahan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran sebuah sekolah pada petang Sabtu.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada jam 4.30 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, susulan daripada panggilan telefon yang diterima sepasukan anggotanya dikejar ke lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal menemui mayat lelaki tempatan di lokasi yang dilaporkan.

Iklan

"Siasatan seterusnya mendapati, pada Jumaat lalu ibu mangsa ada membuat laporan berkaitan mangsa yang keluar rumah sejak 11 Januari lalu tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat itu ditemui," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Abdul Fuad berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Foresik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.

Iklan

"Siasatan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.