Dua sungai utama di Johor rekod paras bahaya

Iklan
Aras air Sungai Kahang di Kluang, dilaporkan berada di aras bahaya. - Foto tular FB

JOHOR BAHRU – Dua sungai utama di Johor direkodkan pada pada paras bahaya, satu pada aras amaran dan lima pada aras waspada berdasarkan kepada bacaan aras air semasa setakat jam 10 pagi Ahad.

Berdasarkan laporan Jabaran Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, kedua-dua sungai yang berada di aras bahaya melibatkan Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam bagi daerah Segamat dan Sungai Kahang di Kampung Contoh, bagi daerah Kluang.

Iklan
Iklan

"Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam mencatatkan bacaan 3.25 meter (m) berbanding aras bahaya 3.00m sementara Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang mencatatkan bacaan 14.50m berbanding aras bahaya 14.50m.

"Selain itu, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat kini berada di aras amaran mencatatkan bacaan 8.93 meter berbanding aras bahaya pada 9.14m.

Iklan

"Lima lagi sungai berada di paras waspada melibatkan Sungai Muar di Bukit Kepong merekodkan bacaan 2.04m berbanding aras bahaya 3.30m, Sungai Lenik, Ladang Cha’ah, Batu Pahat (5.10m berbanding aras bahaya 6.00m), Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.40m berbanding aras bahaya 12.00), Sungai Johor di Rantau Panjang, Kota Tinggi (8.16m berbanding aras bahaya 9.80) dan Sungai Paya Dato, Mersing (1.46m berbanding aras bahaya 2.00m),” menurut laporan berkenaan.

Dalam masa sama paras air semasa di Empangan Labong, Mersing mencatatkan 8.53m berbanding aras bahaya pada 8.42m sementara Empangan Sembrong di Batu Pahat merekodkan bacaan 10.40m berbanding aras bahaya 12.00m.

Iklan

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah melaporkan sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan masih beroperasi bagi menempatkan 1,129 mangsa daripada 320 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Jumlah itu didapati menunjukkan trend penurunan ketika ini biarpun lima daerah melibatkan Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Batu Pahat dan Segamat masih terjejas.

Sementara itu, tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), namun amaran hujan berterusan pada tahap waspada diramalkan berlaku di daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.