PENYERANG import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Jonathan Balotelli sah tidak lagi bersama kelab utara tersebut apabila kembali ke Macedonia Utara.
Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan menyertai kelab FK Makedonija Gjorche Petrov yang beraksi di Liga Prva iaitu peringkat liga tertinggi di negara tersebut.
Iklan
Iklan
Balotelli yang dibawa masuk oleh KDA FC pada awal musim 2023 bersama seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu Willian Lira.
Walaubagaimanapun, penyerang itu dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Sang Kenari.
Kemasukan Ifedayo Olusegun yang mengantikan Lira pada pertengahan musim juga menafikan peluang beraksi buat Balotelli yang terus gagal memberikan keyakinan kepada Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain.
Bersama Sang Kenari, Balotelli meledak empat jaringan gol dalam 20 penampilan Liga Super bagi musim 2023.
Artikel Berkaitan