Putera Mateen dan Dayang Anisha bersanding, berarak hari ini

Iklan
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, pada Ahad.Foto RTB

BANDAR SERI BEGAWAN - Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, pada Ahad.

Majlis tersebut disiarkan secara langsung di rtbgo.bn bermula sekitar pukul 10 pagi.

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.Foto RTB

Iklan
Iklan

Kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran.

Iklan

Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.

Kebanyakan tetamu yang hadir pada majlis istiadat hari ini terdiri daripada kerabat diraja dari seluruh dunia dan pemimpin-pemimpin politik.

Majlis tersebut disiarkan secara langsung di rtbgo.bn bermula sekitar pukul 10 pagi.Foto RTB

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat hadir ke majlis berkenaan.

Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Brunei adalah atas persilaan Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, juga dijemput hadir ke majlis persandingan kedua mempelai diraja tersebut.

Antara pemimpin dunia yang hadir adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo dan dan isteri Iriana serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.Foto RTB

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. - Awani