SUNGAI PETANI - Seorang pemandu van kilang cedera selepas kenderaan dipandunya itu terbabas masuk ke dalam longkang di tepi Jalan Sungai Pasir di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 8.08 pagi itu menyebabkan kaki mangsa berusia 51 tahun itu tersepit.