Jangan sentuh sensitiviti kaum, agama - Menteri Perpaduan

Iklan
Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR - Semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik sekali lagi diingatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga boleh menimbulkan kebencian.

Sebaliknya, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam catatannya di media sosial menegaskan para pemimpin politik dalam hal ini harus menjadi teladan, memupuk nilai-nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan antara kaum.

Iklan
Iklan

Penegasan sama dikeluarkannya pada Sabtu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India di Malaysia dalam satu sesi temu bual eksklusif dengan saluran TV satelit India, Thanti TV.

Pada Sabtu, beliau turut menasihatkan semua lapisan masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang dilalui Malaysia supaya perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dikecapi ketika ini dapat terus dinikmati. - Bernama

Iklan

Iklan