Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari

Iklan
Prasarana memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti OKU menikmati tambang percuma bermula Februari ini.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti orang kurang upaya (OKU) menikmati tambang percuma bermula Februari ini.

Prasarana dalam kenyataan pada Ahad berkata, pengaktifan dan langganan pas OKU Smile akan bermula esok bagi semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu.

Iklan
Iklan

"Prasarana juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU bagi memberi penerangan berkaitan produk ini.

"Kaunter pendaftaran bergerak juga akan dibuka untuk memudahkan golongan ini memohon kad OKU Prasarana sepanjang siri jelajah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Pengenalan inisiatif tersebut susulan pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 21 Disember lepas mengenai insentif tambang percuma untuk komuniti OKU bagi semua perkhidmatan rel dan bas kendalian agensi itu.

Maklumat berkaitan pas OKU Smile boleh didapati di laman sesawang www.myrapid.com.my atau di platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Iklan

Pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-78852585; Rapid Penang 04-255 8000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607 bagi sebarang pertanyaan. - Bernama