Tidak wajar wujudkan naratif tidak baik terhadap negara

Iklan
Aidi Amin

SHAH ALAM - Sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh merendahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani, Aidi Amin Yazid berkata, tambah memalukan apabila kenyataan itu dikeluarkan menerusi wawancara yang diselia oleh media antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Beliau tidak sepatutnya bercakap sesuatu yang akan menyebabkan masyarakat antarabangsa memandang serong seolah-olah negara yang dibinanya selama ini gagal menerapkan semangat kebersamaan antara kaum dan agama

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir yang mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Iklan

Jelasnya, amat mendukacitakan melihat Tun Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang pernah melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya setara dan berpeluang saksama, kini lebih kerap mengeluarkan kenyataan bersifat prejudis serta rasis.

"Saranan beliau untuk asimilasi budaya bagi membuktikan semangat kesetiaan kepada negara adalah karut sama sekali. Jati diri itu lebih penting dalam pembinaan negara bangsa.

Iklan

"Masyarakat Madani harus diterjemahkan sebagai kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan dengan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan,” katanya

Aidi Amin berkata, bekas perdana menteri itu kini menderita kerana tidak dapat menerima kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan prestasi yang baik.

"Semoga rakyat Malaysia lebih menginsafi erti perjuangan sebagai satu komuniti dan sedar akan keberkatan hidup wajar dikongsi bukan saja dari segi material tetapi juga kerohanian. Kita harus akhiri pemikiran bersifat perkauman dan menanam semangat hidup bermasyarakat.

"Mudah-mudahan penghayatan sedemikian dapat mengakhiri perkongsian sentimen bersifat menghasut dan menzalimi kebijaksanaan kita.

"Kita harus bergerak ke hadapan sebagai satu masyarakat Madani dan fokus kepada semangat perpaduan,” ujarnya.