Terbuka Malaysia 2024: Pemain badminton negara mohon maaf

Iklan
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei (kiri) memohon maaf di atas kegagalan mereka pada Terbuka Malaysia 2024. - Foto: Bernama

KEGAGALAN skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2024 mengundang rasa kecewa dalam kalangan pemain apabila tampil memohon maaf kepada penaja dan para peminat.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan tonggak beregu campuran, Chen Tang Jie berbuat demikian menerusi laman sosial mereka pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Tze Yong yang terpaksa menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan otot tulang belakang, meminta maaf kepada penaja dan semua peminat yang memberi sokongan.

Tze Yong - Foto: Bernama

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky pada Jumaat memohon maaf dan mengambil tanggungjawab di atas kegagalan barisan pemain kebangsaan pada Terbuka Malaysia 2024.

Iklan

Menurutnya, beliau memahami kekecewaan yang dialami peminat dan penaja di atas kegagalan ini tetapi menegaskan akan berusaha lebih baik lagi bagi menghadapi kejohanan seterusnya.

Tang Jie pula meminta maaf kerana tidak dapat memberikan prestasi yang baik di Terbuka Malaysia.

Iklan

"Saya turut memohon maaf kepada semua pihak sponsor (penaja dan juga kepada peminat badminton Malaysia. Saya berjanji untuk terus berjuang dan menyajikan persembahan yang lebih baik pada kejohanan seterusnya. Terima kasih kepada semua," katanya dalam laman sosial, Facebook.

Tang Jie yang berpasangan dengan Toh Ee Wei terkandas pada pusingan kedua selepas kalah kepada beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 22-24, 14-21.

Hanya beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya melangkah sehingga ke suku akhir.