Pan-gon sudah kaji kekuatan Jordan

Iklan
Pan-gon. Foto: FAM

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menaruh harapan tinggi para pemainnya mampu untuk melakar kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan E menentang Jordan di Stadium Al Janoub, Doha pada awal pagi Selasa.

Menurut Pan-gon, staf kejurulatihan pasukan sudah melakukan kerja rumah dan meneliti setiap kekuatan dan kelemahan Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia itu.

Iklan
Iklan

"Selain itu, mereka tidak suka 'build up' permainan sebaliknya lebih kepada 'direct football'. Mereka juga bagus dalam serangan balas.

"Kami sudah mengkaji kekutan mereka dan sudah bersedia dengan perancangan selain yakin mampu menghalang serangan balas mereka. Sasaran kami esok adalah mahukan tiga mata," katanya dalam sidang media pra perlawanan.

Iklan

Dalam pada itu, Pan-gon turut menyahut cabaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu pasukan negara mencipta sejarah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak mustahil dicapai berdasarkan momentum yang telah ditampilkan pasukan negara menentang pasukan yang lebih baik dalam perlawanan persahabatan, Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia lalu.

Iklan

"Aksi antarabangsa pada Mac tahun lalu dan sehingga perlawanan persahabatan menentang Syria baru-baru ini, kami bermain 11 perlawanan dan mencatatkan tujuh kemenangan, tiga seri dan satu kalah.

"Kami menentang pasukan di kedudukan ke-90 dan kami bermain enam perlawanan dengan dua kemenangan, tiga seri dan satu kalah.

"Rekod ini memberikan kami keyakinan bahawa kami boleh bermain dengan pasukan Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia. Kami mahu mengekalkan momentum ini dan menggembirakan rakyat Malaysia," katanya.