SEOUL - Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dapat dikenal pasti ke arah Laut Timur pada Ahad dan pelancaran itu adalah ujian peluru berpandu yang pertama pada tahun ini.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, pihaknya mengesan pelancaran itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut, lapor Agensi Berita Yonhap.
Iklan
Iklan
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Shin Won Iik dalam temu bual dengan Yonhap minggu lalu berkata, Pyongyang mungkin menguji peluru berpandu balistik jarak sederhana awal bulan ini selain melancarkan peluru berpandu jarak jauh.
Ujian peluru berpandu terakhir Korea Utara dibuat pada 18 Disember lepas iaitu peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18.
Pelancaran itu dibuat ketika ketegangan yang semakin memuncak selepas Korea Utara melepaskan peluru meriam berhampiran sempadan maritim di Laut Kuning dari 5 hingga 7 Jan.
Pegawai Korea Selatan mendakwa Korea Utara mungkin melakukan tindakan provokatif awal pada tahun ini dan meningkatkan ketegangan menjelang pilihan raya umum Korea Selatan pada April. - Bernama-Yonhap