Ramalan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari

Iklan
MetMalaysia meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran berlaku hingga 17 Januari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran berlaku hingga 17 Januari ini.

Dalan kenyataan petang ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan timur Sabah, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan melibatkan Condore dan Reef North yang berada pada kategori kedua.

Iklan

Amaran kategori pertama pula melibatkan pulau Tioman di Pahang, pulau Layang-Layang dan Sulu di Sabah, Labuan, Palawan (di Filipina), Samui (di Thailand) dan Bunguran (di Indonesia) untuk tempoh sama.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Iklan