Rexy perlu saji ramuan baharu

Iklan
Rexy Mainaky. Foto Bernama

BARISAN kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diketuai Rexy Mainaky perlu menyajikan ramuan baharu kepada pemain badminton negara bagi memastikan mereka mempamerkan aksi konsisten bagi mengumpul mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bekas pemain perseorangan negara, Datuk James Selvaraj mengakui gusar melihat pemain badminton negara bermula dengan langkah kiri dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila tiada kelibat pemain negara dalam aksi separuh akhir dan akhir Terbuka Malaysia 2024 yang membuka tirai Selasa lepas (9 hingga14 Januari).

Iklan
Iklan

Beliau menegaskan barisan kejurulatihan dan pemain seharusnya sedar harapan menggunung rakyat Malaysia untuk menyaksikan atlet kesayangan mereka mempamerkan aksi berimpak tinggi terutamanya apabila tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 bermula Mei tahun lepas akan berakhir April ini.

"Amat mengecewakan apabila tiada wakil pemain negara dalam kejohanan anjuran kita sendiri. Bahkan mereka tidak berjaya mara ke suku akhir kerana semuanya kecundang, jadi ia tidak begitu baik. Mudah-mudahan mereka belajar dari kesilapan ini dan jurulatih dapat sama-sama ikhtiar untuk hasilkan strategi baharu.

Iklan
Iklan

"Mengapa pemain kalah dan cari penyelesaian, bermula dengan atasi kesilapan mereka itu sekarang. Dalam beberapa bulan akan datang, program ini harus berubah. Rexy harus pastikan perkara baharu dilaksanakan,” katanya. - Bernama