Klinsmann mahu akhiri kemarau Korea Selatan di Qatar 2023

Iklan
Jurgen Klinsmann. Foto AFP

PENGENDALI Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memuji pemain pasukan kebangsaan yang telah memantapkan diri dalam liga teratas Eropah, apabila menyifatkan bola sepak Asia telah meningkat dengan pesat sejak beberapa dekad lalu.

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min dan rakan penyerang Hwang Hee-chan bermain dalam Liga Perdana - menyaksikan mereka mempunyai 22 gol di musim ini, manakala Lee Kang-in dan Kim Min-jae masing-masing pula berpindah ke Paris Saint Germain (Perancis) dan Bayern Munich (Jerman).

Iklan
Iklan

"Sejujurnya satu lonjakan besar apabila dapat membawa pemain terbaik ke Eropah. Kunci kepada pasukan Asia untuk meningkatkan tahap pasukan kebangsaan ialah menghantar pemain ke liga teratas Eropah.

"Anda perlu memberi kredit kepada pemain-pemain untuk berpindah ke negara lain, ia kelihatan mudah di atas kertas tetapi tidak. Anda perlu menyesuaikan diri dengan orang di sana, menyesuaikan diri dengan bahasa, memahami gaya bola sepak yang berbeza.

Iklan

"Saya telah mengalaminya sejak akhir-akhir ini, anda mahu berjumpa keluarga dan merindui rakan-rakan. Jadi apabila anda melihat Hwang atau Son menjaringkan gol (di England) dan Kim berpindah dari Napoli (ke Bayern), anda perlu memberi mereka banyak kredit kerana banyak yang dipertaruhkan,” kata Klinsmann kepada pemberita menjelang aksi pembukaan kumpulan Piala Asia Qatar 2023 menentang Bahrain pada Isnin.

Klinsmann yang mempunyai pengalaman menguruskan Jerman dan Amerika Syarikat berharap dapat memecahkan kemarau trofi Korea Selatan selama 64 tahun dalam pertandingan benua itu.

Iklan

"Bola sepak Asia telah meningkat secara mendadak dalam tempoh 10 ke 15 tahun lalu. Jepun menghantar pulang Jerman (di Piala Dunia) adalah contoh besar. Arab Saudi menewaskan Argentina, Korea Selatan menewaskan Portugal – begitu banyak contoh.

"Saya bertuah untuk melatih pasukan Korea ini, saya telah belajar banyak perkara. Kami mempunyai pasukan yang kuat dan matlamatnya adalah untuk bermain perlawanan akhir.

"Saya mungkin pernah memenangi Piala Emas bersama Amerika Syarikat atau Euro bersama Jerman, tetapi saya mahu memenanginya (Piala Asia) kerana pasukan ini mempunyai kualiti untuk memenangi kejohanan itu, tetapi ia akan menjadi maraton,” katanya.