'Tambah baik Akta Anti Lompat Parti, bukan gubal akta baharu'
Iklan
SHAH ALAM - Tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan satu akta baharu untuk menghalang usaha pertukaran kerajaan sebelum akhir penggal pentadbiran pada saat Akta Anti Lompat Parti sudah digubal pada tahun 2022.
Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid berpandangan adalah lebih baik kerajaan menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti atau Akta Anti Lompat Parti, yang diketahui banyak kelompangan.