Impak peralihan subsidi perlu seiring gaji progresif
Iklan
PELBAGAI pandangan telah dinyatakan berkenaaan peralihan subsidi khususnya dalam pelaksanaan program subsidi bersasar dan bagaimana untuk memastikan subsidi ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan dan masa yang sama tidak banyak membebankan rakyat Malaysia yang lain.
Antara isu yang melibatkan subsidi ini adalah subsidi bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Malaysia bahkan ianya turut dinikmati oleh warga asing yang membeli barangan yang disubsidi.