Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal

Iklan
Korea Utara melancarkan ujian terbaharu peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal baharu dengan jarak pertengahan. - Gambar fail Reuters

SEOUL - Korea Utara melancarkan ujian terbaharu peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal baharu dengan jarak pertengahan, lapor media kerajaan pada Isnin.

Pelancaran peluru berpandu pada Ahad juga tidak menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara jiran, kata agensi berita negara KCNA.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, pelancaran itu bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan enjin bahan api pepejal pelbagai peringkat yang berkemampuan tinggi serta hulu ledak terkawal hipersonik jarak pertengahan, menurut KCNA.

Pada hari sama, delegasi yang diketuai oleh Menteri Luar, Choe Son Hui menuju ke Rusia meninggalkan Pyongyang pada Ahad, lapor KCNA.

Pelancaran peluru berpandu dan lawatan delegasi ke Rusia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara kedua-dua Korea berikutan siri pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Pyongyang dan satelit pengintip tentera pertamanya serta mengeratkan hubungan antara Pyongyang dan Moscow yang membimbangkan Washington dan sekutunya.

Iklan

Tentera Korea Selatan berkata peluru berpandu Ahad, yang dilancarkan dari kawasan Pyongyang sekitar 2.55 petang (0555 GMT), terbang kira-kira 1,000 kilometer (km) dari pantai timur negara itu manakala Kementerian Pertahanan Jepun berkata, ketinggian maksimum adalah sekurang-kurangnya 50 km.

Pyongyang sebelum ini berkata, ia menguji enjin bahan api pepejal baharunya untuk peluru berpandu balistik perantaraan pada 11 dan 14 November. - Agensi-Awani

Iklan