China gesa gencatan senjata, negara Palestin yang merdeka

Iklan
Sameh Shoukry (kanan) mengadakan perbincangan rakan seperjuangannya dari China, Wang Yi di Kaherah, pada Ahad. - Foto AP

KAHERAH - Menteri Luar China, Wang Yi menggesa penubuhan negara Palestin dan gencatan senjata di Gaza dalam perang yang telah berlarutan selama 100 hari, pada Ahad.

Dalam sidang akhbar dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah, diplomat tertinggi China itu berkata:"Terdapat keperluan untuk mendesak penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat penuh dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya."

Iklan
Iklan

Kenyataan bersama daripada kedua-dua menteri menggesa penamatan segera semua tindakan keganasan, pembunuhan dan penyasaran orang awam serta pertubuhan awam.

Wang juga membincangkan konflik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, dengan kedua-dua pihak bersetuju gencatan senjata harus dicapai secepat mungkin untuk mengelakkan konflik daripada terus menular.

Di Gaza, sekurang-kurangnya 23,968 orang terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Iklan

Sameh dan Wang menggesa sidang kemuncak antarabangsa perdamaian untuk mencari penyelesaian yang adil, komprehensif dan berkekalan kepada perjuangan Palestin dengan menamatkan pendudukan Israel dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki dipisahkan oleh Israel.

Iklan

Kedua-duanya telah dirampas oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967.

Presiden China, Xi Jinping sebelum ini telah menggesa diadakan persidangan keamanan antarabangsa untuk menyelesaikan konflik itu.

China secara sejarah bersimpati kepada perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara untuk konflik Palestin-Israel.

Wang kini dalam jelajah Afrika yang akan menyaksikan beliau juga melawat Togo, Tunisia dan Ivory Coast. - Agensi-Awani