Perak anjur kempen solat Subuh berjemaah sejak 2016

Iklan
Harith Fadzilah (kiri), Muka depan Sinar Ahad.

IPOH - Galakan solat Subuh berjemaah di masjid dan surau di Perak digerakkan sejak 2016 lagi, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.

Beliau berkata, inisiatif menerusi Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah di masjid masih aktif dan diteruskan sehingga kini di seluruh negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendekatan yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang ketika itu Menteri Besar Perak antara lain untuk mewujudkan dimensi baharu dalam kehidupan masyarakat Islam dengan menjadikan masjid teras dalam pembinaan ummah.

"Pesanan khatib setiap minggu di dalam khutbah Jumaat juga menekankan untuk hadir berjemaah bukan sahaja pada solat Subuh tetapi pada semua solat wajib," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ dicetuskan selebriti dan juga penyanyi, Alif Satar yang mendapat reaksi positif dan menjadi ikutan seluruh negara.

Harith Fadzilah berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung dengan kempen itu, JAIPk memberi saranan agar pengurusan masjid dan surau bergerak sendiri menarik lebih ramai jemaah hadir.

Iklan

"Usaha menggalakkan jemaah hadir solat Subuh adalah sangat dituntut dan perlu disokong semua pihak.

"JAIPk mempunyai agenda tersendiri untuk menarik lebih ramai jemaah untuk hadir ke masjid dan surau," katanya.