Peguam Negara ada hak mulakan atau henti prosiding

Iklan
Ahmad Terrirudin pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menegaskan Pejabat Peguam Negara (AGC) mempunyai hak untuk memulakan atau menghentikan pertuduhan.

Berucap di Majlis Pembukaan Tahun Perundangan, beliau berkata, ia termaktub bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Pendakwa raya tidak terikat untuk memberi alasan menghentikan kes kepada mana-mana pihak," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.

Tegas beliau, AGC harus diberi ruang untuk melaksanakan fungsinya dengan baik berdasarkan Persekutuan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang bertulis tanpa diganggu.

Iklan

"Pihak berkepentingan mesti memahami peranan pendakwa raya,” katanya.

Dalam ucapan sulung itu, Ahmad Terrirudin turut berikrar akan mengheret individu yang menyalahgunakan dan memanipulasi isu 3R (raja, agama, kaum) ke muka pengadilan menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.

Iklan

"Kami sedar bahaya memanipulasi dan menyalahgunakan isu 3R ini yang cenderung untuk mengganggu keamanan dan membahayakan keselamatan negara," katanya.