Seorang terbunuh, pesawat ringan terhempas di Thailand

Iklan
Seorang juruterbang Austria terbunuh manakala rakannya dari Jerman cedera parah dalam nahas membabitkan pesawat ringan di Thailand pada Sabtu. - Foto Agensi

PATTAYA - Seorang juruterbang Austria terbunuh manakala rakannya dari Jerman cedera parah dalam nahas membabitkan pesawat ringan di Thailand pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Nahas berlaku di padang berhampiran pusat peranginan di Pattaya, menurut media Thailand memetik saksi dan pekerja penyelamat.

Iklan
Iklan

Seorang gembala lembu yang melihat kejadian bergegas ke lokasi nahas dan mengeluarkan mangsa yang cedera daripada serpihan pesawat yang terbakar.

Juruterbang berusia 50 tahun itu dipercayai cuba melakukan pendaratan cemas di padang berkenaan sebelum merempuh sebatang pokok asam jawa, lapor akhbar The Nation.

Iklan

Gambar yang tular di Internet menunjukkan pesawat itu musnah sepenuhnya. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas. - Bernama-dpa

Iklan