Wajib jawab salam walaupun bertulis dalam mesej atau WhatsApp

Iklan
WAJIB menjawab salam yang diterima menerusi mesej atau aplikasi WhatsApp dan seumpamanya. -Gambar hiasan

APABILA ada orang memberikan salam, wajib untuk kita menjawab ucapan mulia berkenaan. Semua maklum tentang hukum yang satu itu.

Terfikir juga bagaimana pula dengan hukum menjawab salam andai kita sekadar menerima mesej sahaja daripada keluarga mahupun rakan-rakan? Adakah diwajibkan juga untuk membalasnya?

Iklan
Iklan

DR ZULKIFLI

Begitu juga andai seseorang menerima ucapan salam yang terkandung di dalamnya lafaz ditujukan buat pembaca ketika membaca surat.

Iklan

"Mereka hendaklah menjawab atau membalas salam berkenaan. Ini kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan.

"Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib. Maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan itu juga adalah wajib,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Maktabah Albakri.

Iklan

Ia bertepatan dengan firman ALLAH SWT:"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” (Surah an-Nisa’, ayat 86)

JANGAN lupa untuk menjawab salam yang diterima dalam mesej di telefon masing-masing.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Aisyah RA bahawa: "Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab:"Wa’alaihis salamu wa rahmatullah (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat ALLAH).” Nabi Muhammad SAW melihat apa yang tidak aku lihat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam pada itu, Zulkifli menjelaskan, pihak yang menerima atau membaca mesej salam berkenaan boleh sahaja menjawabnya secara lisan tanpa membalas semula lafaz salam berkenaan.