KSM mahu tiga lagi pusat rehabilitasi dibuka dalam tempoh lima tahun

Iklan
Dr Mohammed Azman (kiri), Ab Rauf (dua, kiri) dan Steven (tiga, kiri) melihat seorang pesakit dari Selangor yang mengguna kaki palsu sebelum menjalani rawatan.

MELAKA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mewujudkan tiga lagi pusat rehabilitasi di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, setakat ini hanya terdapat sebuah pusat rehabilitasi telah beroperasi sejak Oktober 2014 iaitu Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR).

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun pusat rehabilitasi itu telah memberikan rawatan kepada seramai 15,214 pesakit yang terdiri daripada pelbagai kategori kecederaan.

Steven (kiri) melihat seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Ayer Keroh pada Isnin.

"Manakala pusat rehabilitasi di Ipoh, Perak masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini selain di Terengganu seperti mana yang telah diumumkan pada tahun lalu.

Iklan

"Saya nak lihat dalam tempoh lima tahun lagi akan ada tiga pusat rehabilitasi baharu termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kita nak lihat supaya kita boleh kembangkan lagi perkhidmatan ini yang mana PERKESO bukan sahaja beri perlindungan dalam bentuk pampasan tetapi perlindungan yang lebih menyeluruh," katanya.

Steven Sim (tengah) meninjau seorang pesakit terlantar sakit yang turut mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwee Hee Sem dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, dianggarkan 70 peratus pesakit yang pernah mendapatkan rawatan pemulihan intensif di pusat rehabilitasi berjaya kembali ke tempat kerja.

Ujar beliau, secara purata daripada tiga individu terbencana yang menjalani rawatan rehabilitasi secara holistik di sini, berjaya kembali ke tempat kerja.

"Saya juga telah beri beberapa idea untuk penambahbaikan pusat rehabilitasi ini dan akan ada proses naik taraf, contoh bilik-bilik asrama yang ada.

"kita juga nak bangunkan sebuah pusat neuro-modular yang baharu dan akan dirancang pada tahun ini," katanya lagi.

Pada lawatan itu, beliau meninjau kemudahan teknologi Klinik Rehabilitasi NeuroRobotik dan Cybernics pertama di Asia Tenggara yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu.