Pusat hiburan diserbu, 74 GRO warga asing ditahan

Iklan
Kesemua wanita berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun itu ditahan kerana disyaki bekerja tanpa permit yang sah.

JOHOR BAHRU - Seramai 74 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di dua pusat hiburan di Stulang Laut, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua wanita berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun itu ditahan kerana disyaki bekerja tanpa permit yang sah.

Iklan
Iklan

"Serbuan jam 2.45 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor telah menahan seramai 74 GRO terdiri daripada wanita Thailand, Vietnam dan Laos.

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Stulang Laut, awal pagi Ahad.

"Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang juga pengurus pusat hiburan dan juruwang wanita warga tempatan kerana melanggar syarat operasi pusat hiburan serta menggajikan pekerja warga asing tanpa permit yang sah," katanya kepada dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, seorang pelanggan lelaki warga tempatan yang merupakan orang dikehendaki di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan turut ditahan dalam serbuan itu.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak atau individu yang melanggar syarat operasi pusat hiburan mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada termasuk cadangan pembatalan lesen kepada pihak berkuasa tempatan," tegasnya.

Iklan

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memberitahu, Polis Johor telah melakukan 602 serbuan ke atas premis pusat hiburan dan menahan seramai 1,733 orang sepanjang tahun lalu.

"Ia melibatkan 514 lelaki warga tempatan, 102 wanita warga tempatan serta 143 lelaki dan 974 perempuan warga asing yang turut melibatkan wang rampasan sebanyak RM104,445.

"Dalam tempoh sama, sebanyak 598 premis pusat hiburan turut dikenakan tindakan saman kerana kesalahan tiada lesen dan langgar syarat operasi pusat hiburan," ujarnya.