JAKARTA - Anak kepada ulama radikal Indonesia yang dikaitkan dengan insiden pengeboman Bali pada 2002, Abu Bakar Ba'asyir mengesahkan bapanya menyokong calon presiden (capres) No. Siri Satu, Anies Baswedan bersama gandingan calon wakil presiden (cawapres), Muhaimin Iskandar atau Cak Imin pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).
"Keputusan itu dibuat setelah bapa saya melihat perkembangan para capres daripada pelbagai sumber. Beliau turut menonton sesi debat capres dan cawapres. Bapa saya belum lagi pernah bertemu dengan Anies," kata Abdul Rohim yang mesra disapa Lim pada Isnin.