JAKARTA - Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran pusat karaoke tiga tingkat di bandar Tegal di wilayah Jawa Tengah, Indonesia pada pagi Isnin, lapor Xinhua.
Ketua Polis Tegal, Rully Thomas berkata, kebakaran berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan dan pasukan bomba dengan dua jentera serta sebuah lori kren segera dihantar ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
"Kami masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran,” kata Thomas.
Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Bandar Tegal, Zaenal Abidin berkata, seramai 15 orang telah dibawa keluar dan dibawa ke hospital berhampiran.
Beliau berkata, enam kematian itu berpunca daripada terhidu asap gas beracun manakala sembilan yang cedera masih menerima rawatan di hospital. - Bernama-Xinhua