Bandung isytihar kecemasan banjir sehingga 20 Januari

Iklan
Sebuah kawasan perumahan dinaiki air selepas hujan lebat dan limpahan sungai, di Dayeuhkolot Bandung, Indonesia pada Jumaat - Foto: Septianjar Muharam/Xinhua

BANDUNG - Kerajaan daerah Bandung, Jawa Barat, mengisytiharkan status respons kecemasan dari 13 Jan hingga 20 Jan 2024 yang mewajibkan semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap risiko banjir, lapor Agensi Berita ANTARA.

"Status respons kecemasan terhadap bencana banjir telah diwujudkan sejak tiga hari lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah menyediakan dapur awam dan sebagainya," kata pegawai daerah Bandung, Dadang Supriatna, di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Supriatna berkata, status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.

Menurut Supriatna, penentuan status kecemasan itu sebagai langkah mengendalikan banjir dan bencana hidrometeorologi lain yang memberi kesan kepada kawasan itu sejak 11 Januari 2024.

Iklan

Sementara itu, Ketua BNPB, Suharyanto berkata, pihaknya telah menyediakan bantuan sebanyak Rp350 juta bagi menyokong pengendalian banjir di daerah Bandung.

Iklan