Pasangan kekasih terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar

Iklan
Pasangan kekasih yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar sebelum terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin. Gambar kanan: Kedua-dua mangsa terselamat dan dibawa ke Jeti Batu Uban dengan menggunakan bot nelayan.

GEORGE TOWN - Sepasang kekasih terselamat selepas kedua-dua mereka terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin.

Sebelum itu, kedua-dua mereka yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar.

Iklan
Iklan

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrul Munawer Taharen berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pusat bandar ke Perai.

Iklan

"Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an menaiki sebuah kereta Honda Civic dan dikatakan telah bertengkar. Pertengkaran itu berlarutan sehingga di kawasan hentian di atas jambatan.

Tambah beliau, pada masa yang sama, sebuah bot nelayan turut berada di lokasi mangsa terjatuh.

Iklan

"Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam (lelaki terbabit) yang terjun itu. Lelaki berkenaan telah membawa mangsa untuk naik ke atas bot nelayan yang lalu dibawa ke Jeti Batu Uban.

"Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam," katanya.