Bersihkan ibu kota daripada pendatang asing

Iklan
Polis menahan warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

MERAK Jalanan ingin ucapkan syabas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sedang giat membersihkan ibu negara pada ketika ini.

Bermula dengan tangkapan besar-besaran warga asing melibatkan 1,000 anggota dan pegawai polis Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengepung ‘mini Dhaka’ dalam satu operasi khas di Jalan Silang.

Iklan
Iklan

Kemudian diikuti dengan tindakan khas oleh DBKL di Petaling Street yang merupakan kawasan tumpuan ramai.

Tindakan penguatkuasaan itu menumpukan kepada aktiviti perniagaan yang melakukan kesalahan halangan berkaitan meletak barang dagangan di atas jalan, siar kaki awam dan premis tanpa lesen warga asing.

Iklan

Selepas Jalan Petaling dan Masjid India, DBKL menyerbu pula Jalan Haji Taib dan Chow Kit yang turut menjadi lokasi tumpuan peniaga serta penjaja warga asing khususnya dari Bangladesh dan Indonesia.

Turut diperiksa ialah aktiviti perniagaan dan penjaja terdiri ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai yang membabitkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga asing dari dua negara terbabit.

Iklan

Sudah lama rakyat tempatan merungut mengenai pendatang asing yang bermaharajalela di negara ini.

Kehadiran mereka bukan sahaja membawa pelbagai masalah sosial malah menyebabkan peluang perniagaan dan pintu rezeki rakyat tempatan tertutup.

Selain itu, kehadiran mereka yang begitu ramai dan membentuk satu koloni menyebabkan imej ibu kota Kuala Lumpur sangat tidak baik terutama untuk pelancongan.

Jadi Merak Jalanan harap tindakan tegas ini diteruskan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata.