Dua pekerja kontrak nyaris maut bot dibadai ombak

Iklan
Keadaan dua pekerja kontrak yang nyaris maut selepas terjatuh ke laut akibat bot yang dinaiki dibadai ombak. Foto Polis Setiu

SETIU - Dua pekerja kontrak nyaris maut apabila bot yang dinaiki dibadai ombak menyebabkan mereka terjatuh ke laut dalam kejadian di Muara Kuala Setiu di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa dalam perjalanan memasuki kawasan muara berkenaan.

Mangsa yang berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki dibadai ombak dikejarkan ke Hospital Setiu. FOTO: Polis Setiu

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian mangsa menaiki bot bersama tujuh penumpang termasuk tekong.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa yang berada di bahagian hadapan bot telah terjatuh ke laut selepas bot berkenaan dibadai ombak.

Iklan

Menurut Afandi, kedua-dua mangsa dibawa ke jeti berdekatan sebelum dikejarkan ke hospital.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan dan dirawat di bahagian pesakit luar Hospital Setiu," katanya.

Iklan

Dalam pada itu Afandi mengingatkan orang ramai supaya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di laut.

Dua mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke daratan sebelum dihantar ke hospital. FOTO: Polis Setiu

"Kita minta supaya sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di laut kerana keadaan cuaca tidak menentu dan ombak yang bergelora.

"Perlu sentiasa memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," ujarnya.