Bapa mentua Yang Dipertua Negeri Sabah meninggal dunia

Iklan
R.M Jasni meninggal dunia di Hospital Keningau pada jam 3.20 pagi tadi. Foto Fcebook Adzhar Tan Sri R.M Jasni - Eddy - EDJ

KOTA KINABALU - Tan Sri R.M Jasni, bapa mentua kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Keningau pada jam 3.20 pagi tadi.

Allahyarham merupakan bapa kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook anak lelaki kepada Allahyarham, Adzra Addy, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Pekan Keningau pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 29 Jalan Tenom-Keningau, selepas solat Zuhur.

"Mohon dihalalkan makan dan minum dan mohon doakan yang baik-baik untuk Allayarham bapa kami,” katanya, namun tidak mendedahkan punca bapanya meninggal dunia.

Iklan

Tun Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain dijadual menghadiri pengebumian tersebut.

R.M Jasni, 87, dilahirkan di Penampang pada 4 Mei 1936 dan pernah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor pada 1975 selain menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal antara 1982 hingga 1986. - Bernama

Iklan