Son Heung-min idam juara Piala Asia

Iklan
Heung-min (depan) mengatasi dua pemain Bahrain ketika aksi Kumpulan E Piala Asia. Foto AFP

KOREA Selatan bermula baik dalam usaha untuk menjuarai Piala Asia selepas kali terakhir dimenangi pada 1960 apabila menewaskan Bahrain 3-1 pada Isnin.

Pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in meledak dua gol dan satu gol menerusi Hwang In-beom untuk memastikan permulaan cemerlang Teageuk Warriors.

Iklan
Iklan

Kang-in telah mempamerkan aksi mengagumkan di PSG sejak menyertai pasukan itu dari Mallorca musim panas lalu dan dia membantu pasukan untuk meraih kemenangan selepas Bahrain menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu mempamerkan kemahiran hebatnya dengan dua jaringan separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata buat Korea.

Iklan

Namun, Heung-min sedang mengintai sesuatu yang 'istimewa' pada Piala Asia keempatnya selain memberi amaran kepada pasukan ia tidak akan datang dengan mudah.

Jepun, Australia, Iran dan Arab Saudi semuanya telah disebut-sebut sebagai pencabar utama bersama tuan rumah dan juara bertahan Qatar.

Iklan

"Kami mempunyai pasukan yang hebat dan kami mempunyai pemain yang sangat berbakat, tetapi ini semua tentang komitmen.

"Kami mempunyai pasukan yang sukar dipercayai tetapi kami tidak memenanginya selama 64 tahun. Kami hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjadikannya istimewa bersama pasukan ini dan menjadikannya tahun yang istimewa," katanya.