Bina penghadang elak kes terjun jambatan - JBPM

Iklan
Zainal (kanan) semasa turun padang ke lokasi kejadian seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan di Tendong di Pasir Mas.

PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melihat pembinaan pagar atau penghadang di enam jambatan utama di negeri ini satu keperluan mendesak dalam usaha menangani kes terjun sungai.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, sepanjang 2021 hingga Januari tahun ini sebanyak 17 kes melibatkan insiden itu sudah direkodkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melihat pembinaan pagar atau penghadang dibina di enam jambatan utama di negeri ini sudah menjadi keperluan mendesak dalam usaha mengurangkan kes terjun ke dalam sungai daripada terus berlaku pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Pasir Pekan (Tumpat) ke Kota Bharu merupakan lokasi paling panas apabila sembilan kes sudah direkodkan.

Beliau sebelum itu turun padang ke lokasi kejadian seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan di Tendong di sini.

Zainal (kiri) menyuarakan cadangan pembinaan penghalang kepada kepimpinan negeri.

Iklan

Menurut beliau, lokasi lain yang turut menjadi tumpuan ialah Jambatan Salor yang menghubungkan Lemal (Pasir Mas) ke Kota Bharu, Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa, Tok Bali (Pasir Puteh) dan Wakaf King, Tumpat.

Ujarnya, perkara ini perlu dipandang serius kerana ia melibatkan soal nyawa.

Iklan

Zainal memberitahu, JBPM Kelantan telah menyuarakan cadangan tersebut kepada kepimpinan negeri.

"Saya akan terus memperjuangkan isu ini kerana ia telah meragut banyak nyawa," katanya.