JUMLAH jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, kenaikan sebanyak 11 peratus tahun ke tahun itu dipacu terutamanya oleh subsegmen kereta penumpang berikutan ekonomi domestik yang berdaya tahan serta senario sosiopolitik yang stabil.